Sejarah Saleem Iklim – Raja Balada

Saleem adalah merupakan seorang penyanyi yang paling sensasi di Malaysia pada dekad 90-an dan alaf baru. Beliau adalah seorang anak didik komposer yang terkenal yang bernama Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah banyak menjadi hits di tanah airnya iaitu Malaysia. Tidak kurang juga beliau sangat popular di negara jiran seperti di Indonesia, Singapura dan Brunai juga di selatan Thailand dan di kepulauan Filipina, Fiji dan Cocos, Australia serta selatan Lautan Pasifik dan juga England.

Saleem telah dilahirkan pada tahun 1962 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Sebelum terjun ke bidang nyanyian, beliau sangat bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang terkenal pada suatu hari nanti. Walaubagaimanapun cita-cita utk jadi seorang nelayan tidak kesampaian dan beliau meneruskan hidup dengan menjadi seorang penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu iaitu salah satu bidang dalam “kantin dan penyedian makanan” atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil catering.

Saleem, dengan bakat gemilang lagi gemerlapan yang ada padanya telah mengumpul beberapa orang anak muda sekampungnya juga beberapa pemuda dari kampung seberang untuk menubuhkan sebuah kugiran nyanyian setelah cuaca untuk menangkap ikan di laut tidak mengizinkan. Kumpulan Iklim adalah nama sempena keadaan cuaca yang tidak menentu di pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dilanda hujan lebat.

Pada tahun 1990, Warner Music cawangan Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album yang pertama. Album tersebut berjudul: Suci dalam Debu.

Setelah lagu Suci dalam Debu meletup di Malaysia dan Indonesia, sekali lagi Saleem dan anggota kumpulan Iklim terpanggil untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul “Suci dalam Debu” lakonan Julia Rais dan Sidi Oraza. Walaubagaimanapun watak Saleem dan kumpulannya dalam filem itu agak samar-samar walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.

Saleem dan kumpulan Iklim Kumpulan Iklim adalah merupakan kugiran yang muncul pada akhir 80-an lebih spesifik lagi adalah pada tahun 1988 dan 1989 dan menyampaikan lagu berirama rock perlahan (slow rock). Kumpulan Iklim dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Terengganu dan anggotanya terdiri daripada :

1. Saleem (Vokalis)
2. Umarul (Gitar utama)
3. Mohalim (Bass)
4. Huzali (Keyboard)
5. Kama (Pemain dram)

1 Lagu yang menaikkan nama IKLIM Suci dalam debu

Selamat Tinggal Penderitaan

Seribu kali sayang

Bukan niatku

Pintu Mahligai

Bukan aku tak cinta

About these ads

~ by Reu on 5am4000000amThu, 05 Apr 2007 03:51:28 +000007 30,2007.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: